Selangor - lawatan singkat warga selatan
Jumaat sekitar jam 8.30 pagi penulis bergerak ke kota Selangor untuk menghadiri majlis walimah sepupu. Penulis berhenti rehat di kawasan rehat pagoh. Menikmati secawan milo panas. Keadaan di kawasan ini agak padat. Rata-rata warga asing negara jiran memenuhi ruang. Pandangan ini bersandarkan kepada nombor pendaftaran kereta. Kami tiba di halaman rumah abang ipar penulis sekitar jam 11.30 pagi. Setelah tidur sebentar, penulis bersiap untuk menghadiri solat Jumaat. Selepas melihat-lihat GPS di telefon pintar, maka diputuskan ke masjid kajang. Tanpa merujuk kepada kakak ipar, penulis terus bergerak masjid yang terletak 7km dari kediaman. Masjid tersebut agak besar juga ruangnya walaupun bangunannya tidak kelihatan baru. Selesai tahiyyatul masjid, tazkirah Jumaat bermula dengan seorang lelaki muda berjubah hitam. Intisari tazkirah berkisar dari pengalaman dari seorang kristian kepada seorang muslim. Azan Jumaat dialunkan persis azan di kota Makkah. Ah betapa hati ini bagai digaru d