Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 20, 2010

Kenangan silam : Pengawas sekolah

Penulis terlibat dengan organisasi pengawas seawal darjah lima lagi di Sek. Keb. Lok Kawi Kem, Kota Kinabalu Sabah. Tatkala itu, sekolah rendah masih lagi memakai seluar pendek. Seluar panjang boleh dipakai dan biasanya hanya dipakai oleh anak-anak para ulama dan orang kaya. Harganya agak mahal. Kedua ibu bapa penulis tidak mampu untuk menyediakannya. Maka terpaksalah penulis memakai tali leher dan berseluar pendek. Bolehkah pembaca di luar sana membayangkannya? Seorang budak lelaki tonjang memakai seluar pendek dan bertali leher merah... Pengawas darjah lima tidak banyak tugas yang perlu dibuat. Di dalam sekolah juga, jumlahnya tidak ramai. Antara tugas penulis ketika itu ialah membaca ikrar dan rukun negara setiap kali perhimpunan bulanan di sekolah. Ketika berada di tingkatan dua, sekolah menengah Sultan Abd Jalil, Kluang Johor, sekali lagi penulis terpilih selaku pengawas. Pakaian pengawas ketika itu ialah baju putih dan seluar putih dengan tali leher berwarna kuning. Penulis pada

Susupan kronologi kelahiran

Kelahiran putera sulung - anak ke tiga Selepas Asar 15 Oktober 2010/7 Zulkaedah 1431 : Mula sakit-sakit hendak bersalin dan berterusan setiap 15 minit sepanjang malam sabtu 16 Oktober 2010/8 Zulkaedah 1431 Jam 9.30 pagi : Masuk ke labour room untuk bersalin 11.53 pagi : Selamat dilahirkan dengan berat 2.6 kg Kelahiran Puteri Kedua Menjelang waktu Dhuha 19 Ogos 2008/15 Syaaban : Dimasukkan ke wad kerana telah lebih kiraan hari dan keadaan bayi yang 'tergantung' di dalam rahim kerana terlebih air 22 Ogos 2008/19 Syaaban 1429 (Jumaat): 11.00 pagi : Masuk ke Labour room 4.40 petang : Lahir dalam keadaan selamat dan normal Kelahiran puteri sulung Maghrib 18 Feb. 2006/19 Muharram 1427 : Solat Maghrib di Masjid Jame' Bandar Air mentuban pecah dalam masjid masuk ke wad bersalin 19 Feb. 2006/20 Muharram 1427 (Ahad): Masuk ke labour room jam 11.00 pagi Selamat bersalin jam 11.15 malam Bayi dimasukkan ke wad kanak-kanak kerana masalah lewat dilahirkan