Taklimat GST : Taklimat hudud
Kisah di penghujung Mac ribut di seluruh semenanjung emas dan kepulauan borneo. akan perihal GST dan juga hudud. Mengenai GST, dimana² sahaja manusia yang menjadi warga akan berbicara sama ada di kedai kopi, di pejabat, di dalam mesyuarat bahkan di majlis taklimat. Demonstrasi juga berlaku dek golongan yang mungkin berkeyakinan ianya bakal menyusahkan rakyat. Kisah hudud juga semakin galak bermain di media massa, juga meniti di bibir setiap warga. Bagi muslim, mereka tiada pilihan selain menerima. Namun, ada juga yang cuba menghadang, memakai alasan, enakmen yang dibentang dan dilulus di DUN Kelantan baru² ini tidak layak untuk dibentang di parlimen, kerana menyalahi perlembagaan dan sebagainya. Sang penentang hudud juga berani membuat pelbagai lontaran idea kotor dan memualkan yang mana ianya tidak lain dan tidak bukan tambah mempamerkan betapa ceteknya pemikiran dan pengetahuan muslim moden, meskipun mereka ini berkelulusan tinggi dari negara besar di seberang lautan.