Kisah Komuniti Turki di Jerman
Malam sudah semakin melarut. Namun hati penulis seperti tidak senang selagi belum mencatat sebuah kisah terpenting. Kisah ini sudah beberapa kali disampaikan ke telinga penulis. Namun pada hari ini, kisah ini disebut lebih detail dan panjang. Ianya merupakan pengkisahan salah seorang mentor penulis. Diriwayatkan bahawa tatkala mentor penulis berada di Jerman, beliau telah menemui sebuah komuniti Turki yang telah berjaya membina sebuah masjid lima tingkat. Terdapat bangunan pejabat, sekolah, sekolah tahfiz dan dewan dan juga ruang solat. Setiap malam nisfu syaaban, jemaah muasjid ini akan beramai-ramai mendirikan solat sunat tasbih, mengumpulkan jamaah dari setiap lapisan umur dan jantina. Berbeza dengan negara kita yang masih belum mampu menarik khalayak untuk bersama membaca yasinan tiga kali pada malam yang sama. Saban tahun, yang hadir hanyalah muka yang sama sahaja di apruang solat seusai wirid Maghrib, malam ke 15 dalam bulan Syaaban. Mentor melahirkan kekaguman nya terh