Akhirnya tamat jua pelajar tua itu
Keputusan peperiksaan akhir yang dikeluarkan oleh pihak Universiti beberapa hari dalam bukan syawal menandakan tamatnya perjuangan pelajar tua ini mengharungi ranjau perjalanan seorang mahasiswa jarak jauh peringkat ijazah sarjana muda. Selepas melepasi angka 40, baharulah berjaya dengan izin Allah menyelesaikan sebuah epik novel kehidupan pelajar sarjana pertama. Sememangnya perjalanan yang dimulakan pada Ogos 2014, beberapa bulan selepas perginya bonda menghadap Ilahi adalah satu langkah yang agak drastik untuk mencabar diri bagi meningkatkan martabat ilmu keduniaan yang fana ini. PJJ di Universiti yang terletak kira² 630 km daripada kediaman, dengan keadaan anak² yang sedang membesar dan bersekolah rendah bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah.... Terinspirasi selepas menghadiri istiadat konvokesyen UA tersebut oleh adik ipar, penulis tanpa menoleh kebelakang membuat keputusan untuk menyambung pengajian yang telah terlalu lama ditundakan sejak kali akhir mendakap segul