Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 16, 2014

Kisah cinta si pemakan epal......

Imej
Suatu hari yang agak tenang, duduklah seorang pemuda soleh di tebing sungai dajlah memerhatikan kebesaran dan keagungan alam dalam penciptaan alam semesta ini. Terpesona ia dengan keletah alam yang senantiasa tunduk dan patuh pada perintah penciptanya.  Maka menjelang tengahari, tiba-tiba perutnya diserang rasa lapar yang bersangatan. Sedang ia sibuk antara berzikir sambil melihat keindahan ciptaan sang pencipta dengan perasaan diulit kelaparan, tiba-tiba wujud di hadapannya di dalam sungai itu sebiji buah epal yang tenggelam timbul. Maka dek kerana kelaparan yang merobek-robek ususnya, tanpa berfikir panjang terus sahaja ia mengambil 'rezeki' yang muncul secara tiba² itu dan dimakan. Setelah hampir separuh dihabiskan, "Eh...aku ni makan makanan ini mana asalnya? Entah-entah buah ini ada pemiliknya.." Terpancar ilham pada pemikiran sucinya itu menyentakkan selera makannya yang sedang menggebu. Epal ditangan tidak jadi dihabiskan. Nafsunya terhad