Cinta sebelum kahwin?
Tajuk ini agak berat untuk dibicarakan. Lebih-lebih lagi pada akhir zaman ini. Teringat pada kisah ayat-ayat cinta, satu-satunya filem yang ditonton penuh minat oleh penulis untuk filem-filem dari seberang. Selalunya penulis menolak untuk menonton sinetron atau filem dari seberang kerana terlalu banyak unsur tahayul yang terselit dicelahannya. Namun, filem yang pernah ditayangkan di kaca TV3 sebanyak dua kali itu ditonton penuh minat oleh penulis dalam kedua-dua tayangannya. Bukan apa .. lakaran cerita cintanya amat menarik sekali. Seorang lelaki (pelajar) yang mendapat cinta sejatinya tanpa perlu untuk bercinta sakan, berjalan berdua-duaan setiap hari, atau berbalas sms sepanjang malam dan siang, ataupun bergayut menghabiskan wang beratus ringgit sebulan. Demi untuk mendapatkan cinta serta memperkasakannya tanpa rasa jemu. Tetapi, akhirnya setelah bercinta sakan, setelah disatukan, rumah tangga sudah mula berantakan, nauzubillah .. Apakah salah bercinta semasa bersekolah bang? Atau sa