Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 14, 2010

Ulama universiti perlu bangkit

Imej
Di setiap institusi pengajian tinggi awam dalam negara ini telah pasti wujud ramai manusia bertaraf ulama. Kita tolak pengertian ulama yang dipopularkan bahawa semua yang berilmu, tidak kira ilmu berkaitan Islam ataupun ilmu berkaitan kejuruteraan, atau ilmu berkaitan Matematik, hingga mencapai maqam Ph.D dianggap sebagai ulama dalam bidangnya. Sememangnya ilmu sama ada berkaitan dengan akhirat mahupun dunia adalah diangap ilmu berkaitan islam kerana sejarah telah membuktikan bahawa ilmu-ilmu ini datang dari kajian ulama-ualam silam seperti Khawarizmi, Al Kindi dan sebagainya. Konsep ulama’ boleh ditakrif dengan berbagai difinasi yang berlandaskan latar belakang kesarjanaan atau disiplin ilmu masing-masing. Perkataan ulama’ itu adalah kata jamak dari perkataan “’Arab iaitu ‘Alim. Kemudian lahir pula perkataan ‘Alamah iaitu orang yang benar-benar mengerti atau mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu. (Muhamad Ismail, 1961:26.) Menurut Dato’ Dr. Harun Din, dalam al-Quran karim terdapa