Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 17, 2015

Edisi Jumaat : khutbah seperti yang dijangkakan

Imej
Zawaal Jumaat yang agak terik. Sang mentari bersinar megah menyambut kehadiran jamaah Jumaat 25 Rabiul Awwal. Meskipun ada jua awan mega mendung yang berarak lesu di langit biru, ianya tidak menampakkan akan tanda² hujan bakal mencurah. Tatkala berjalan kaki di bawah terik mentari zawaal, terserempak dengan imam muda menaiki motor tua. Penulis menjangkakan bahawa imam ini akan bertugas selaku khatib untuk tengahari Jumaat ini. Tatkala kaki melangkah masuk ke ruang utama solat, ketua para imam masjid utama sedang memberikan taklimat berkaitan sesuatu. Menjelang masuk waktu, azan dikumandangkan oleh bilal lama masjid. Suara masih power meskipun orangnya kelihatan tidak berapa sihat. Maka apabila khatib naik ke mimbar, benarlah tekaan pertama penulis. Imam muda bermotor tua naik selaku khatib pada tengahari ini. Hati agak berbunga. Boleh jadi, tajuk khutbah akan berapi dan hangat. Sehangat mentari Jumaat ini. Selesai azan kedua, imam memulakan khutbah beliau. Nah, ter