PRK di hari asyura
11 Muharram 1442 Semalam telah berlangsung PRK untuk DUN SLIM yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, dan dua tandingan tiket bebas. Salah satu calon bebas adalah merupakan proxy kepada parti termuda yang dipimpin oleh politikus tertua tanah air. Keputusan PRK sebagaimana yang telah diketahui umum sejak hari penamaan calon lagi, tentulah berpihak kepada BN. Keputusan PRK Slim Apa yang menarik untuk diulas ialah pihak parti termuda begitu bersungguh untuk memenangi PRK ini bagi membuktikan bahawa parti mereka masih relevan dipimpin oleh politikus tertua negara. Bahkan pengasas parti tersebut yang telah tiga kali dilantik selaku PM turun untuk berkempen bersama juak-juak PH jua yang membantu. Jentera PH ++ nampaknya turut membantu kempen tersebut meskipun tanpa kelibat presiden PH sendiri. Apakah ini merupakan petunjuk bahawa politikus tua sudah semakin kehilangan pengaruh? Terdapat penganalisis politik yang berpandangan demikian. Mungkin analisis itu ada benarnya.