Paradigma Tauhid : Keliru dan Salah Faham
Paradigma tauhid adalah batu asas yang diletakkan oleh Rasulullah SAW dalam mendepani masyarakat kuffar di Makkah. Keadaan masayarakat Makkah sewaktu diutus Muhammad Rasulullah SAW adalah bergelumang dengan paradigma kesyirikan dengan pemujaan terhadap nafsu dan material dengan berselindung di sebalik nama al Latts dan Al Uzza. Paradigma kesyirikan yang dipimpin oleh Abul Hakkam (sebelum peperangan Badar) serta pimpinan quraisy yang lain seperti Abu Sufyan (Sebelum Fathul Makkah) yang telah mendarah daging dalam kehidupan masyarakat elit makkah pada era tersebut telah membuahkan kebobrokan dan kebejatan moral ketara di kalangan masyarakat dengan berleluasanya fenomena pembunuhan bayi perempuan, pemerdagangan manusia, pelacuran, penindasan terhadap kaum yang lemah dan pelbagai lagi. Secara mudah, gagasan paradigma tauhid yang dibawa oleh Muhammad Rasulullah SAW merupakan asas keimanan dan keyakinan manusia tentang kewujudan dan keesaan Allah s.w.t (surah al-Ikhlas, ayat 1-3). Me