Subuh yang mengharukan
Subuh Tahun Baru Cina penulis masbuq menghadiri jamaah. Ahad yang begitu damai telah memberikan pemadangan solat berjamaah yang sangat mengharukan....jamaah yang hadir begitu ramai sehingga mencecah lebih daripada 100 orang jamaah. Sepanjang penulis berada di surau qaryah penulis, jumlah jamaah untuk solat Subuh selalunya amat mendukacitakan. Walaupun tidak pernah menemui markah gagal, namun biasanya menemui markah B+ ataupun B- untuk kategori kuantiti jamaah. Namun untuk Subuh pagi ini, penulis berani memberikan markah A-. Jumlah yang hadir memang ramai. TETAPI, yang berjaya meramaikannya bukanlah terdiri daripada anak-anak qaryah sendiri. Tetapi adalah merupakan warga asing yang hadir untuk menyertai aktiviti jamaah Tabligh, keluar tiga hari. Menurut salah seorang ahli jamaah tempatan, yang kelihatan begitu teruja sekali, suasana seumpama ini adalah biasa di sekitar negara Bangladesh...Kalaulah qaryah kami seumpama itu untuk setiap waktu....Insya Allah...keamanan dan kemamuran pasti