Catatan

Tunjukkan catatan dari September 10, 2009

Dynamic development

4-6 September 2009 .. Di Savannah Hil JB .. Sekali lagi penulis dijemput dan diprogramkan selaku fasilator bagi program ini, Alhamdulillah. Perjalanan bermula dari rumah sekitar jam 10.00 pagi menuju ke HQ untuk menumpang seorang sahabat lama,juga mentor serta manusia yang bertanggungjawab sepenuhnya mengheret aku ke dunia fasilitator ini .. Kami solat Jumaat di Masjid dalam daerah Kulai Jaya. Masjidnya agak besar dan memanjang. Oleh kerana azan kedua sedang berkumandang, maka perut masjid sudah dipenuhi oleh manusia sehingga melimpah ke tangga. Malang sekali kerana tatkala mencari air dan beratur untuk giliran wudhuk, air seperti tiada yang keluar dari paip lokasi wudhuk. Maka mencarilah kami di persekitaran. Mujurlah, tandas ada air... Dan suara khatib adalah bagus dengan nada yang cukup bersemangat dengan membacakan isi khutbah yang berkisar mengenai nuzul al quran.. Tatkala iqamah, dan mengambil tempat sebelum takbiratul ula sang Imam, penulis sempat menoleh kebelakang