Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 15, 2011

Kluang-Sogo-TAR-IKEA-Kluang

Sabtu 13 Ramadhan, seawal jam 6.30 pagi, penulis, isteri, anak sulung dan dua orang adik ipar bergerak menuju ke destinasi pertama, SOGO. Dengan kelajuan meter kenderaan sekitar 120-160km, penulis berjaya tiba di tol serdang sekitar jam 9.15 am. Lawatan pertama ialah ke makam nenda di Cheras Perdana. Sudah agak lama tidak ziarah makam beliau. Lawatan pertama ialah sekitar tahun lepas. Itupun kami gagal menemui lokasi makam yang sebenar disebabkan tiada sebarang nama atau petanda. Kali ini, terpaksa juga mencari dan membaca setiap nisan muslimah. Terik mentari Dhuha di ibu kota terasa mula membakar wajah. Hampir 40 minit mencari akhirnya bertemu jua. Nisan nenda terlindung di sebalik dedaunan renek. Itulah sebabnya kami gagal menemuinya.. Perjalanan diteruskan ke destinasi utama, SOGO. Kesesakan mula menjelma tetapi tidaklah seteruk dua minggu lepas. Kami berjaya masuk ke parking utama di basement namun untuk memuatkan kenderaan di petak parking bukanlah perkara yang mudah kerana