Catatan

Tunjukkan catatan dari November 5, 2010

Kesalahan dan kesilapan ketika solat berjamaah

Adalah menjadi sesuatu yang sangat menggembirakan hati apabila melihat berduyun-duyun manusia mengerjakan solat berjamaah. Meskipun bilangan mereka ini semakin mengecil dari hari ke hari, namun kita sebenarnya mampu membuat satu analisis mengenai kehadiran mereka setiap waktu. Jika di masjid organisasi, waktu paling ramai ialah waktu zuhur dan asr kerana ianya waktu bekerja. Waktu paling sedikit ialah waktu subuh. Begitu jugalah halnya dengan waktu subuh di qaryah penulis. Penulis pernah terbaca mengenai hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa diantara perkara yang paling berat untuk dilaksanakan oleh golongan munafiq ialah solat Subuh dan Isya' secara berjamaah. Diriwayatkan juga bahawa Ibn Umar tatkala mendengar hadis tersebut, apabila pada waktu subuh tidak bertemu dengan orang yang biasa hadir solat berjamaah waktu yang lain, maka hatinya akan tertanya-tanya dan curiga, adakah yang tidak hadir itu sudah dihinggapi penyakit nifaq. Diantara perkara biasa yang berlaku dalam solat be