Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 18, 2021

Catatan Amalan Penduduk Pekan Kembar Gotham City

Imej
 Rejab 1442 Antara amalan penduduk kota ini yang sepatutnya di catat ialah amalan mengerjakan solat sunat hajat sebaik seusai solat Maghrib di sepanjang perintah PKP, bermula Jumaat pertama 40 jemaah dibenarkan tidak mengira ajk masjid. Perintah ini juga dilaksanakan seusai solat Jumaat di masjid 40 orang. Antara amalan mereka ialah mengerjakan solat sunat hajat secara berjamaah dengan menguatkan bacaan sepertimana bacaan solat sunat tarawih. Walau bagaimanapun, ada juga para imam yang mengerjakan solat sunat secara sir, meskipun pada waktu malam, iaitu seusai solat Maghrib. Gambar Sekadar hiasan Amalan membaca qunut nazilah di sepanjang PKP dilaksanakan pada rakaat akhir selepas ruku pada setiap waktu solat. walau bagaimanapun, terdapat juga imam masjid dan surau yang tidak mengamalkannya secara istiqamah. Walau bagaimanapun, amalan bersalaman sambil menguatkan bacaan selawat sudah dihentikan seketika. Namun, wujud juga surau yang mengangkat bacaan solawat seusai imam membaca doa mesk

Keanehan WFH

Imej
 6 Rajab 1442 ..  Ramadhan akan kembali 54 hari dari sekarang dengan izin Allah. Moga² kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang direzkikan untuk menemui Ramadhan tahun ini... Adalah sesuatu yang menyeronokan jika sambutan Ramadhan kali ini sekali lagi tanpa bazaar Ramadhan. Cukuplah dengan pembukaan masjid dan surau seluasnya untuk menghidupkan serta memakmurkan Ramadhan. Ada yang melihat Ramadhan adalah bulan makan² hingga ia kecewa apabila menemui Ramadhan ... aktiviti memburu makanan lezat untuk berbuka terpaksa dikekang. Ada yang melihat Ramadhan sebagai bulan berniaga hingga ia merasa kecewa pabila tiada lagi aktiviti perniagaan bersemuka yang boleh dilaksanakan. Yang bergembira adalah mereka yang menyambut kehadiran Ramadhan dengan iman dan taqwa. Yang menyambutnya dengan perhiasan bacaan al quran dan sebagainya. Wajah WFH yang cantik dan harum itu kadangkala dicemari oleh tangan² busuk dan cemar yang tidak tahu menghargai dan mensyukurinya. Maka tanpa rasa malu (kalaupun t