Catatan

Tunjukkan catatan dari November 27, 2016

Travel log : Kelantan Serambi Makkah

Imej
Rabu 23 November, selepas sekian lama berkurung di dalam organisasi, penulis bergerak bersama segerombolan pejuang ke Kelantan untuk mesyuarat pertama bersama Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti. Perjalanan bermula agak lambat , iaitu selepas jam 10.00 pagi meskipun janji awal ialah pada jam 8 pagi. Berkesempatan menunggu lama di dataran terbuka hingga mampu mendapatkan sebuah wayar penyambung talian telefon yang sudah usang dan kritikal.  Selepas perjalanan bermula, kami singgah di sebuah warung di Parit Yaani untuk memulakan bismillah mengisi perut kosong yang saling berkeroncong... Sekitar jam 11, kami bergerak menuju ke destinasi melalui laluan lama tanpa tol dan masuk ke simpang felda redung yang dikatakan dapat menjimatkan masa dan kiraan km perjalanan ke destinasi... Sebelum itu, kami singgah mengambil petrol di Petronas Yong Peng serta menyelesaikan hajat yang tertunggak serta mengambil bekalan jajanan.... Gam