Kisah Anak Tentera : Berpuasa dan Beraya di dalam kem
1 Rabiul Awwal 1443 Penulis mula di asuh untuk berpuasa oleh kedua orang tua penulis sekitar usia lapan tahun...Bersamaan tahun pertama berada di negeri di bawah bayu. Sepanjang di Lok Kawi Kem, amat jarang sebenarnya penulis dapat keluar pagar kem, apalagi untuk menikmati keindahan bandaraya Kota Kinabalu memandangkan ayah penulis tidak mempunyai kereta mahupun motosikal. Yang ada hanya sebuah basikal tua yang ditunggang untuk pergi bekerja. Selepas tahun kedua atau tahun ketiga baharu kelihatan ayah memiliki sebuah motosikal honda cup tua... Berpuasa di dalam kem tentera mungkin hampir serupa dengan berpuasa di kampung. Kami anak² tentera juga terlibat untuk hadir ke masjid bagi menunaikan solat tarawih secara berjamaah. Seronoknya ialah kami pergi ke masjid beramai² dan terkadang sambil menyanyi lagu² tertentu. Mungkin sekadar untuk berseronok sahaja. Tiada istilah untuk balik kampung semasa hari raya kerana faktor kampung yang jauh di semenanjung dan ketiadaan cuti yang panjang ba