17 Ramadhan kedua
17 Ramadhan juga menyaksikan ulangtahun pertama pemergian nenda ..Meskipun tiada sambutan formal yang dilaksanakan, namun di ibukota, makcik mengkhabarkan bahawa satu majlis diadakan di sana. Juga hari ini menyaksikan penulis, isteri dan anak sulung berbuka di luar. Sebenarnya agak sukar untuk mendapatkan tempat kerana perlu kepada tempahan awal. Muncul secara tiba-tiba di muka kedai makan beberapa minit sebelum waktu iftaar boleh menerbitkan bibit-bibit kekecewaan kerana pemilik kedai pasti akan 'menolak' kehadiran kita disebabkan oleh tempat yang sudah penuh. Alhamdulilla ahkirnya bertemu juga kedai yang masih kosong. Juadah yang ditempah ialah ikan siakap tiga rasa dalam bentuk set. Tatkala azan Maghrib berkumandang, makanan masih belum dapat disiapkan. Air juga masih belum sampai. Hanya air mineral yang diedarkan. Di gerai melayu kelantan ini, tiada kelengkapan surau apalagi musalla yang disediakan. Bagi sesiapa yang berhajat untuk solat Maghrib, bolehlah bergerak ke bebera