Catatan

Tunjukkan catatan dari November 8, 2020

PKPB menjelma lagi

Imej
 22 Rabiul Awwal 1442 Dah sebulan lebih rupanya penulis berpindah ke bangunan pejabat baharu. Bangunan pejabat yang kelihatan lebih 'mewah' dari pejabat biasa. Bangunan yang boleh dibanggakan meski berkongsi kasih dengan pihak pembesar yang bijaksana, jika dibandingkan dengan bangunan sebelumnya yang meski dikuasai 95% (kerana lebihnya dimilik sama dengan pejabat lain juga) namun pada zahir kelihatan uzur dan kurang selamat. Penulis tidak mahu mengulas panjang berkaitan pejabat baharu atau pejabat lama. Yang menjadi agneda panas dimana² pada hari ini ialah pengisytiharan PKPB oleh Menteri Kanan semalam yang akan berlangsung mulai esok sehingga sepurnama lamanya. Ramai yang terkeliru bahawa PKPB bermakna WFH atau BDR bakal seiring sejalan bersama. Tetapi telahan tersebut agak tersilap. Meski yang berlaku di darul ehsan dan putra jaya menyebabkan hanya 10% sahaja yang boleh bekerja dengan jayanya di pejabat dan selebihnya menikmati skim bekerja di rumah, namun pada kali ini di wi