Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 23, 2023

Asar yang indah di Masjid Nurul Iman

 6 Safar 1445 Asar di salah sebuah masjid di taman seri lambak yang dikenali oleh penduduk setempat sebagai taman T6 amat menggembirakan hati pencinta Ilahi; Manakan tidak, jemaah yang menghadiri solat sangat ramai melebihi jemaah di masjid atau surau lain yang berada dalam daerah yang sama, bahkan masjid daerah sekalipun gagal untuk dihadiri oleh jemaah yang seramai itu; Penulis menjangka secara kasar terdapat lebih dari 200 orang jemaah yang hadir pada waktu tersebut; Amat jarang untuk kita mendapatkan surau atau masjid yang mampu dihadiri oleh jemaah yang ramai pada waktu solat siang pada hari bekerja. Bahkan ada masjid dan suaru hanya dihadiri oleh tiga orang sahaja jamaah pada satu-satu waktu; Penulis yakin antara faktor yang menyebabkan jemaah ramai ialah kebijakan ahli jawatankuasa (AJK) yang dilantik oleh qaryah setempat, ataupun ahli qaryah sebenarnya telah berjaya memilih AJK yang benar² bertugas untuk memakmurkan masjid² Allah di muka bumi. Bukan hanya untuk mencari publisit