Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 23, 2011

Semalam yang hangat

20 Mei 2011 penulis terpilih untuk menyelesaikan misi di SK Seri Machap Kluang. Masa yang diberikan amat singkat. Bermula jam 5 petang Jumaat dan berakhir pada tengahari Sabtu. Penulis bersyukur kerana masih dipilih menyertai kumpulan ini. Kumpulan yang tidak sampai 10 orang ini ditugaskan atas nama penaja yang lain daripada biasa. Hujan yang agak lebat menyambut ketibaan penulis sekitar jam 4.30 petang. Pegawai Hutan, pegawai riadah dan pegawai kamera sudah sedia menanti di lokasi kejadian. Sempat juga meninjau sedikit keadaan kawasan, sebelum menikmati jamuan yang disediakan. Keadaan sekolah yang mempunyai dua bangunan yang dipisahkan oleh sebatang jalan utama dan disambung pula dengan jejantas dengan anak-anak tangga yang amat curam. Menjelang jam 6 petang, barulah program dapat dimulakan dengan penyerahan secara formal pihak sekolah kepada pihak fasilitator. Taklimat seringkas mungkin dilaksanakan dan menjelang jam 6.30 petang, barulah program ice breaking dapat dilaksanakan deng