kisah pembunuhan imam hussain
Allaahummal-a’n Qatalatal Hussein Alayhis Salaam Awal Muharram, adalah permulaan bulan duka dan nestapa Ahlul Bait Rasul Alaihimussalam. Semua pencinta dan pengikut Keluarga suci ini akan berduka dan bersedih.Cuti bagi semua majlis-majlis dan upacara-upacara riang gembira. Imam Reza Alaihissalam bersabda : “Apabila sampai sahaja bulan Muharram, tidak akan kelihatan lagi senyuman pada bibir ayahku, tidak ada lagi seseorang yang akan melihatnya tersenyum” 1.Imam Reza Alaihissalam tentang Asyura juga telah bersabda : “ Barangsiapa hari Asyura baginya adalah hari musibah, duka dan tangisan, maka Tuhan akan menjadikan kiamat baginya hari kegembiraan dan kebahagiaan”6 Dua Muharram ; Rombongan Imam Hussain Alaihissalam Masuk ke Karbala Telah diriwayatkan apabila rombongan Imam Hussain as. sampai di karbala, kuda Imam as. berhenti bergerak. Imam as. bertanya apakah nama tempat ini? Mereka menjawab :“Ghadhiriyah” bersabda: Tempat ini ada nama yang lain? Mereka berkata: “Syathiyil Furat” Imam as