Pendaftaran pelajar baru : 22 tahun lampau
31 Januari 1991 - pagi khamis penulis telah bangun awal pagi bersama keluarga. Kami telah tiba di bandar Kuantan sejak malam semalam bersama datuk dan nenek. Begitu bersemangat untuk menghantar penulis ke sekolah berasrama penuh. Sekitar jam 6.45 kami telah bertolak dengan menaiki kereta bapa saudara. Perjalanan ke Pekan Pahang mengambil masa kira-kira 30 ke 45 minit merentasi jalan yang dikiri-kanannya masih berwujud hutan dan semak samun. Tatkala tiba di lokasi selepas merentasi jambatan yang merentasi sungai Pahang, sungai tua yang banyak sejarah itu, kami diturunkan di hadapan hard stand sekolah. Wah pertama kali tiba di sekolah yang masih muda usianya. Bangunan baru tersusun indah. Telah banyak kelihatan kereta yang diletakkan di kawasan ini. Penulis pun bergerak ke dalam dewan yang besar dan canggih. Dikatakan bahawa yang paling besar dan canggih bagi sekolah di seluruh asia tenggara ... Selepas pendaftaran, penulis dibawa ke penempatan di blok B. Penulis mas