syawal 1439 meninggalkan kita
26 Syawal tahun ke 1439 daripada hijrah Ar Rasul Meski 1 syawal yang diraikan oleh Junjungan ﷺ dan para sahabatnya telah berlalu lebih 25 hari yang lampau, namun para pengikut baginda, khususnya yang bermastautin di hujung semenanjung emas, masih galak membuat majlis makan dan minum mengatasnamakan sambutan syawal. Siangnya dengan majlis sambutan syawal, dimalam harinya dengan majlis marhaban hingga menjelang larut malam. Dan sebagaimana biasa, ianya disubur menjadi budaya tahunan, sama keadaannya dengan al quran yang dijadikan bahan bacaan sebulan Ramadhan...berakhir Ramadhan..maka berakhirlah majlis-majlis bacaan al quran. Begitulah dengan sambutan rumah terbuka atau pejabat terbuka atau majlis sambutan hari raya, berakhir syawal maka berakhirlah segala majlis makan-makan yang dinamakan marhaban di malam hari... Amat jarang masyarakat kita mahu meraikan majlis iftaar sepanjang sebulan Ramadhan. Jika adapun, mungkin sekali sekala dalam bulan al mubarak. Masjid pun