Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 2, 2018

Ribut Pagi : RM400 - Gred 41 - Tabung Harapan - Piala Dunia

Imej
Ramadhan ke 15 tahun 1439 dari hijrah Ar Rasul - hujan mencurah turun menjelang Dhuha di bumi yang dimenangi pembangkang pada PRU14  (DUN). Penulis kelam kabut mengejar program yang diadakan di puncak desir angin. Bertemu pula dengan para pegawai tinggi organisasi yang bergelar gred 44 ke atas... Isu pemberian RM400 kepada kakitangan awam gred 41 kebawah bergema di bilik perbincangan. Ada suara nakal mengatakan, jumlah RM500 yang dijanjikan oleh pemerintah sebelum itu telah disalurkan untuk tabung harapan yang berkebetulan turut dilancarkan oleh PM semasa sidang akhbar semalam. Bagi gred 41 ke bawah pula, RM100 dipotong untuk disalurkan ke  dalam tabung tersebut. Isu RM40juta untuk penyiaran world cup jjuga dipanaskan.  "Mana mungkin dalam keadaan negara yang menanggung hutang 1 Trilion boleh menggunakan dana RM40juta untuk bola. Ironinya, dilancarkan pula tabung harapan..." Wassup nakal juga bertebaran di dalam saluran grup memaparkan slip bank kemasukan duit de