Ramadhan ke empat belas - Rahsia khatam al quran ekspress telah terbongkar!!
Sedar tidak sedar rupanya kita telah menjejaki nisfu Ramadhan. Semester kedua madrasah Ramadhan sudah hampir mula menjengah. Program-program berbuka puasa semakin rancak diadakan di sana sini, sama ada secara berkumpulan, ataupun secara formaliti. Sambutan nuzul al quran sudah mula mengintai dengan kertas-kertas surat rasmi sudah mula menapak di atas meja penulis, memohon nama yang bakal dijadikan 'kambing hitam' bagi menghadiri majlis formal khatam al quran . Akhir zaman ini, kita boleh khatam al quran dalam masa beberapa jam sahaja. Tidak perlu membaca hingga setiap mukasurat dari mushaf. Cukup dibahagikan beberapa orang staf yang mencapai empat angka ini kepada 30 kumpulan. Setiap kumpulan perlu membaca satu juzuk. Setiap kumpulan mengandungi sekitar 20 orang peserta. Oleh kerana setiap juzuk mengandungi 20 mukasurat, maka setiap ahli perlu membaca satu mukasurat. Maka dalam masa kurang lima minit, satu kumpulan ini sudah selesai membaca satu juzuk al quran. Dan da