Pabila Arab bangkit
Saudi di bawah penguasa Raja Salman diberitakan telah memulakan serangan ke atas Yaman atas niat untuk mengembalikan kerajaan yang sah, dengan kebenaran US. Saudi adalah ketua kepada tentera ahzab yang terdiri daripada sepuluh buah negara teluk yang tidak dianggotai oleh Iran. Muzik lama yang diberi nafas baru oleh US, terus mendendangkan lagu permusuhan sunni-syiah sebagai asbab utama serangan tersebut dilaksanakan. Umum mengetahui bahawa kekacauan yang timbul di Yaman kini adalah hasil dari tindak balas pihak Houthi yang dikatakan telah menguasai ibu kota Yaman sejak beberapa bulan ini. Betapa tangkas sekali respon yang diberikan Saudi terhadap pemberontakan Yaman .. tetapi sehingga kini, belum pernah kedengaran pula Saudi mahu membentuk pakatan ahzab untuk memerangi Israel yang ternyata lebih merbahaya daripada Houthi. Lupakan sahaja perbezaan mazhab jika benar-benar mahu menggungguli kehebatan kedua Islam nanti... Huru-hara dan serangan yang dilakukan hanya me