Catatan

Tunjukkan catatan dari September 12, 2013

OH CUEPACS...

Imej
KUALA LUMPUR:  Cuepacs telah mengeluarkan senarai enam permintaan utama untuk dipertimbangkan kerajaan dalam Bajet 2013 terhadap 1.4 juta penjawat awam, kata Presidennya, Datuk Omar Osman. "Kami berharap kerajaan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada permintaan kami. Kami akan berpuas hati jika sekurang-kurangnya 70 peratus daripada permintaan dipenuhi," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini Rabu . Enam tuntutan skim baru yang diumumkan termasuklah perumahan mampu milik di kawasan bandar, peningkatan elaun sewa, bonus tambahan selain dari bonus setengah bulan yang diperolehi kebelakangan ini dan nasib 45,000 pekerja kontrak yang mana kontrak berakhir 31 Disember ini. Beliau berkata permintaan ini bukan baru tetapi telah menjadi sebahagian permintaan Cuepacs sejak 2010 dan telah mencapai peringkat kritikal. "Perumahan mampu milik di bandar bagi penjawat awam adalah isu yang pal

Kelas Pertama

Kelas pertama untuk semester ini. Penulis datang agak awal untuk menjejak kelas. Ya..kelas itu terletak di tingkat paling atas pada bangunan tersebut.Memanjat anak-anak tangga dengan agak tergesa-gesa. kemudian, kerana tersilap jangka, menyebabkan terpaksa berjalan agak jauh dan kemudian barulah bertemu kelas tersebut. Tatkala masuk, sudah ada pelajar yang setia menunggu meskipun jumlahnya tidak seperti yang tertera pada senarai kehadiran. Menunggu dengan sabar sambil memasang note book pinjaman pejabat. Selepas jam 5.15 penulis memulakan kelas. Sebagaimana yang dijangka, bilangan pelajar mula bertambah berdikit-dikit. Masuk segerombolan anak-anak muda yang agak 'nakal'. Ya...bilangan perempuan dan lelaki adalah agak seimbang berbanding agihan pada semester lepas dimana lelaki hanya ada lebih kurang enam orang sahaja, manakala selebihnya adalah perempuan. Dan taaruf awal ialah dengan memperkenalkan nama, asal, fakulti pengajian dan akhirnya menyanyikan lagu yan