Banjir : Antara bala dan manusia...
"Aku dah duduk Kluang ni sejak darjah enam (umur 12 tahun : Pen) Tapi tak pernah rumah aku kena banjir. Sekarang sejak tahun 2004 banjir selalu. Dulu masa zaman aku sekolah, hujan seminggu turun tak berhenti pun masih tak banjir. Kami boleh tidur dengan tenang dan bahagia...Kini, selepas buat longkang konkrit depan rumah, banjir selalu je berlaku ...walaupun hujan sehari suntuk dengan kadar yang lebat..." Begitu bersemangat sahabat ini berkata suatu ketika di sebuah gerai tatkala sarapan pagi... "Sekarang ni, pantang hujan lebat sikit, hati mula cemas dan risau...takut banjir melanda...Memanglah banjir nya tak seperti tempat lain yang termenung berminggu-minggu. Sehari semalam dah surut dan boleh balik berkemas apa yang patut. Tapi barang-barang rosak, sampah sarap, lumpur dan segala bagai...nak berkemas bukannya mudah.." "Aku tak fikir perkara ni berkait secara langsung dengan fenomena alam. Aku rasa ni semua adalah akibat dari kebejatan tangan-tangan ma