Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 21, 2012

Pasangan itu biasa saja!!

Ketika menunggu pesanan makanan siap, penulis mengambil satu sudut di gerai makan konsep terbuka di bawah sepohon rimbun di tepi jalan. Ketika khayal dengan suasana sekeliling, penulis tertarik dengan sepasang manusia yang duduk di suatu sudut meja yang agak terbuka. Pasangan ini kelihatan berbual sangat mesra. Di meja kelihatan dua buah gelas yang hampir kosong tanpa pinggan yang menandakan mereka ke situ bukan dengan nawaitu untuk mengisi perut. Sang lelaki memakai t shirt berwarna hitam tanpa kolar dan pasangannya tanpa menutup aurat (tidak bertudung), memakai t shirt berlengan pendek. Sang gadis itu hanya bertocang rambut dan kelihatan tidak menarik pada pandangan mata penulis. Dia berbual dengan sekali sekala mengusap rambut sang lelaki. Ada kalanya dia mengelus tangannya pada pipi si lelaki dan ada ketikanya seolah-olah ingin mencium pipi lelaki tersebut dengan gaya ciuman kucing. Penulis mnasih memerhatikan pasangan itu dengan agak geram. Kurang ajar mereka ini!! Duduk di tempat

Kuliah Kiyai Suhaili

Jumaat selepas Maghrib, kuliah di jame Kg Melayu dibawa oleh Kiyai Suhaili. Pada awalnya tatkala berada di dalam kenderaan sementara menunggu suara pengkuliah, terasa berat untuk melangkah sekiranya dijangka pengkuliah bukan favourite. Sebaik sahaja terdengar lantunan suara dari menara tinggi, fikiran menangkap, agaknya ustaz perubatan islam tempoh hari. tatkala tiba di kaki tangga masjid, barulah gambaran lebih jelas. Al Fadhil Kiyai Suhaili agaknya...Maka bertemu dengan seorang saudagar juga disitu lantas bertanya untuk pengesahan, maka sahih kuliah oleh kiyai. Jamaah yang hadir agak ramai juga. Kebanyakannya adalah orang lama-lama juga. Antara isi kandungan kuliah beliau ialah memetik bacaan sang imam muda hafiz Maghrib tadi berkaitan ayat yang bermaksud, "Diciptakan manusia itu bersifat lemah..." Ulama menfasirkan bahawa lemah akan manusia itu ada empat iaitu.. 1. lemah iman 2. lemah keyakinan dan penulis terlupa pada dua lagi perkataan kiyai..Itulah antara akibat tidak m