Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 12, 2010

Ramadhan I

Suasana solat subuh di surau adalah amat menggalakkan dengan jamaah mencapai 5 saf setengah purata satu saf sekitar 17-18 orang. Tarawih pertama juga menunjukkan perkembangan yang amat menggalakkan. Manakala solat zuhur & asr adalah sebagaimana biasa sahaja... Tarawih untuk malam ke dua juga masih berada di tahap yang memberangsangkan. surau bandar mencatatkan lebihan jamaah hingga terpaksa berdiri di kaki lima.... Moga Allah membantu mengekalkan momentum ini ke atas umat untuk sepanjang hayat ...Allahumma Amiin