Catatan

Tunjukkan catatan dari April 2, 2018

Pagi Minggu di Jirat Cina

Hari pertama bekerja dalam minggu ini, penulis terlewat keluar rumah. Jam di dash board menunjukkan ke angka 7 pagi masih di kawasan rumah. Terkial-kila mengunci pintu pagar dan mendesup laju menuju ke seolah anak². Penulis tiba di simpang Petronas terakhir bandar Gotham City pada jam 7.28 pagi. Jika ikut situasi biasa, ianya masih belum terlambat. Sayang sekali, jalan tersebut telah mengalami keadaan sesak yang luar biasa. Oh, rupanya hari ini hari pertama bulan April, berkebetulan hari Ahad. Maka penulis sudah dapat mengesan punca kesesakan. Kaum Cina berpusu-pusu menuju ke jirat untuk upacara puja kubur. Ni golongan kuburiyyun nih... Sesak hanya selesai kira-kira 15 minit. Lantas penulis memecut laju mengejar waktu sambil berdoa agar Allah melipat bumi untuk penulis. Penulis berjaya berada di mesin jari sekitar jam 8.02 pagi. Sewaktu menghadap bos untuk tandatangan borang lewat, beliau agak terperanjat dengan situasi yang penulis gambarkan kerana katanya di negeri kampu

Bermalam Minggu Di Stall Burger

Imej
Stall burger yang sangat meriah jika kita berkunjung ke bandar berkembar dengan Gothma City yang terletak di tengah peta gapura selatan ialah yang terletak berhadapan dengan klinik lama, menghadap ke sungai yang acap kali membuak tatkala musim tengkujuh dan juga hotel tersohor di bandar ini. Sayang sekali pengarah filem Batman untuk kesemua siri tidak mengenali bandar ini. Jika dia tahu, sudah barang pasti bandar ini akan dijadikan lokasi untuk penggambaran filem Batman yang terkini... Hampir setiap malam ianya dikunjungi ramai. Dibuka seawal jam 6 petang dan berakhir pada sekitar jam 2 hingga 3 pagi. Berkebetulan penulis berhajat membeli beberapa butir burger di suatu malam minggu. Sekitar jam 10.30 malam, hampir dua dozen manusia pelbagai bangsa dan peringkat umur mengerumuni stall tersebut untuk membeli burger. Terdapat juga meja dan kerusi yang sudah penuh dengan pelanggan yang berhajat untuk makan di situ. Berbeza dengan berpuluh stall burger yang wujud di bandar ini, sta