Kadang-kadang menjadi PAR .. kadang-kadang menjadi kerani...kadang-kadang menjadi PP
Ye..walaupun jawatan penolong pegawai, kelas B, kalau mengikut gelaran dahulu kala, bukanlah terlalu tinggi...sekadar penyelia jika berada di kawasan perindustrian, namun jika dibandingkan di jabatan-jabatan kerajaan negeri seperti Pejabat Tanah, ianya adalah satu jawatan yang agak berprestij. Ia seringkali juga digelar AO atau Assistant Officer. Kalau sebelum SSM diperkenalkan, ianya adalah berada dalam gred N6, namun sekarang sudah menjadi gred N27. Gred ini dipakai juga oleh penghulu ... Di pejabat atau organisasi penulis, jawatan ini tidaklah dilihat sebegitu gah seperti yang berlaku dalam iklim di pejabat tanah atau pejabat daerah. Mungkin hal ini adalah disebabkan faktor jumlah penjawat jawatan ini yang agak ramai. Begitu juga jika dinaikkan ke gred 32 sekalipun, kadang-kadang tugas yang dipikulkan atau yang dipertanggungjawabkan menurut yang terkandung dalam senarai berbeza dengan realiti sebenar. Menurut pandangan salah seorang penceramah INTAN, semasa menghadiri