Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 22, 2021

kutipan pengajaran sepanjang tahun 2020

Imej
  3 Jamadil Akhir 1442 Waktu dhuha yang tenang Tahun 2020 baharu sahaja sekitar 16 hari meninggalkan kita. Jika perbandingan yang hendak dibuat, tanah kubur tahun 2020 masih merah lagi. Pokok yang biasa di tanam di kepala kubur juga masih belum mahu menunjukkan tanda untuk hidup... Banyak pengajaran sebenarnya yang boleh kita kutip di sepanjang melalui lorong² tahun 2020 yang meskipun boleh dianggap terlalu singkat jika mengambil kira tempoh² dikurung hidup² di dalam rumah sendiri. Antara yang boleh kita kongsikan ialah sebagaimana berikut :- Amalan bekerja dari rumah (BDR) atau Work From Home (WFH) digunakan dengan begitu meluas dalam sektor awam. Jika sebelum tahun 2020, penggunaan istilah tersebut adalah terlalu asing dan janggal di kalangan warga kerja sektor awam, kini ianya telah menjadi normal baharu yang mula dikenali, dihayati bahkan kadang kala amat digemari oleh penjawat awam. Tanpa sebarang bias, ianya adalah merupakan satu anugerah besar Ilahi kepada penjawat awam dimana m