kelas pertama
Kelas pertama untuk semester ini telah bermula. Penulis sekali lagi diberi amanah selaku jurulatih untuk kursus khidmat masyarakat, kursus yang ditinggalkan dua semester lepas. Pada semester sebelumnya penulis ditugaskan untuk kursus imam dan muazzin. Hari pertama ialah hari taaruf. Terdapat seramai 33 orang pelajar mengikut senarai dengan seorang tidak dapat hadir. Seperti biasa sesi ice breaking dimulakan dengan nama beserta gaya. Kebanyakan pelajar siswi agak malu-malu dengan mempamerkan gaya yang hampir serupa. Manakala pelajar siswa mempamerkan gaya yang lebih hot. Selepas ice breaking acara pemilihan jk dijalankan. Selepas berjaya melantik pengarah yang menang tanpa bertanding, penulis mengizinkan pemilihan ajk diteruskan oleh pengarah program. Kumpulan ini kelihatan agak agresif kerana dalam pertemuan pertama ini mereka telah berjaya membentuk beberapa biro untuk menjayakan program. Meskipun program masih belum ditentukan, namun biro yang dipanggil unit sudah berjay