Hari terakhir di Pulau Tahanan tahun 2017
Akhirnya, selepas berjaya melolosi hari² yang dianggap sukar, maka tiba rupanya hari akhir di pulau ini. Hari ini ada dua PB yang perlu dilalui sebagai ujian yang terakhir. PB Sejarah bermula jam 9.00 pagi. Maka kami berdua bergerak agak awal pagi ini menuju ke dewan peperiksaan yang tidak berapa jauh dari resort. Kami tiba sekitar jam 8.30 pagi. Ini ertinya ada 30 minit sebelum masuk. Dikatakan terdapat empat soalan dan perlu dijawab satu sahaja. Sejak hari Sabtu malam selepas menghadapi PB JMS 212, kami tunggang terbalik study untuk dua subjek bagi PB pada hari ini. Pagi seawal jam 4.30 penulis telah terbangun. Entah kerana kerisauan terhadap PB atau kegirangan untuk pulang. Sukar untuk dijawab. Berpeluang untuk study subjek JMS211 kali akhir. Jika sepanjang siang penulis menghadam topik lain, baru pagi ni perasan topik lagi satu lebih mudah hadam dan lebih mudah hafal. Alhamdulilla, apabila dibuka sahaja kertas soalan pada pagi ini, soalan yang dikeluarkan adalah sebagaima