Aku memikirkan tentang darah haid semasa solat tadi.....
Suatu ketika, Al Imam Al Ghazali menunaikan solat berjamaah bersama ibu dan adiknya. Seusai solat, sang ibu berkata, "Saudaramu tadi telah mufaraqah dari solat...." Terfikir sejenak sang imam, mengapa saudaranya bermufaraqah darinya..adakah kerana kesilapan dirinya selaku imam solat atau ada sesuatu yang lain kerana masalah peribadi? Maka dipertanyakanlah oleh si abang akan adiknya perihal mufaraqah akan dia dari berjamaah sebentar tadi. Pada awalnya sang adik tidak mahu menjawab. Namun setelah didesak dan diasak beberapa ketika, adik lalu mengalah dan menceritakan, "Tadi aku melihat pakaianmu berlumuran darah..maka aku meningglakanmu...." Wah....bila masa pula pakaiannya berlumuran darah? Setelah difikir sejenak, maka baru ia teringat, ketika solat tadi, dia terfikir bahawa ibunya yang sedang solat bersamanya adalah wanita biasa. Bagaimana kalau ketika sedang solat tiba-tiba keluar darah haid, adakah batal solatnya? Adakah kerana fikira