Catatan

Tunjukkan catatan dari September 26, 2018

azan sebelum mara ke medan UPSR

14 Muharram tahun ke 1440 dari hijrah Ar Rasul merupakan hari pertama kebanyakan calon UPSR menghadapi kertas peperiksaan yang pertama. Penulis antara puluhan ribu bapa yang terlibat menghantar anak sulung hingga ke pintu dewan peperiksaan bagi memberikan suntikan semangat kepada anak. Berbeza dengan zaman semasa penulis mengambil peperiksan penilaian darjah lima sekitar tahun 1986 dahulu, kami pergi sendiri dengan menaiki kenderaan yang telah disediakan. Tiada sebarang program motivasi yang dibuat di peringkat sekolah, apalagi program solat hajat. Tiusyen pun terpaksa mencari sendiri manakala pihak sekolah tidak langsung menyentuh persoalan tersebut. Sangat berbeza berbanding calon UPSR kini dimana program solat hajat sahaja diadakan sebanyak 3 kali. Itu tidak termasuk program motivasi, program selepas sekolah dengan tiusyen di bawah bimbingan guru ² dan banyak lagi. Acara pagi itu dimulakan dengan bacaan surah yassin yang sangat sinonim dengan perdaban Islam wangsa Melayu. K