Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 14, 2015

Mercun berdentum dari plaza low yat

Imej
Hari ke 27 Ramadhan kebanyakan umat awam muslim kelihatan agak bersemangat untuk memecut menuju 1 syawal. Wajah yang pada awal Ramadhan kelihatan agak kusam, lemah tidak bermaya, kini kelihatan semakin bertenaga di hujung Ramadhan. Mungkin kerna disuntik dek kecerahan taman rohani di malam al qadr kelmarin, ataupun disuntik oleh keghairahan menyambut syawal. Di hadapan rumah penulis, sebaik tiba di halaman, sudah kedengaran dentuman meriam buluh. Ya...sudah terlalu lama rasanya bunyi dentuman ini tidak bergema. Sudah berdekad. Namun kini seolah dihidupkan kembali. Tanpa rasa segan dan silu. Tanpa ada rasa gementar, sekurang² nya pada pihak berkuasa. Mercun besar dan berkeupayaan tinggi juga sudah mula beredar di kalangan sahabat².  Itu adalah syiar hari raya. Hari raya di negaraku. Syiar ini juga turut dirasai oleh muslim di Syria, Palestin, Iraq, Afghanistan dan sebagainya yang kini menjadikannya dendangan tiap hari dan masa. Namun dendangan itu sudah menyebabkan me