Pengembaraan kecil : Darussalam menyambut hangat
Sekitar jam 9.00 pagi, penulis bertolak dari pintu tol bersama rakan setugas menuju ke KLIA2 untuk menaiki pesawat terbang milik syarikat penerbangan yang memakai warna merah selaku warna koperat kebanggan mereka menuju ke sebuah negara kecil yang dikatakan kaya yang dimiliki pemerintahannya oleh keluarga diraja. Kami tiba di sebuah Rehat dan Rawat untuk menikmati hidangan pagi selepas kira-kira dua jam perjalanan tanpa henti merentasi jaluran lebuhraya. Sekitar 40 minit kemudian, kami tiba di hadapan KLIA2 , lapangan terbang yang tidaklah sebesar KLIA. Selepas menurunkan bagasi, kami bergerak masuk untuk check in dan mendapatkan tiket. Sebaik sahaja tiket berada di tangan, kami bersegera menuju ke kaunter pertukaran wang atau penggurup wang. Kami kemudian bergerak mengarah ke pintu 7. Pergerakan ke pintu no 7 memakan masa yang agak panjang dek kerana jarak yang agak jauh. Tetapi mungkin kerana keadaan lapangan terbang yang tidak dimasuki walau senano cahaya mentari pun ma