Jumaat terakhir di Jamek Malik Faisal....
Jumaat terakhir di Pulau tahanan...menghitung hari untuk pulang ke kampung halaman. Meski terpaksa berhadapan dengan tiga lagi PB ... namun kekuatan dipohon beserta bantuan dariNya.. Dek kerana tiada kelas pada hari ini dan PB hanya berlaku pada petang esok, maka ada terasa sedikit kelapangan di dalam dada. Maka berjaga sedikit hingga ke pertengahan malam Jemahat semalam untuk cuba menyiapkan tugasan Pembangunan Politik Malaysia. Isi kandungan dah dibuat. Tinggal nak perkemaskan bahagian bibiliografi sahaja. Menjelang azan subuh pagi Jumaat terjaga. Agak lewat jika dihitung dari kronologi kehidupan di sepanjang usia berada di pulau tahanan ini. Terkocoh² bersiap untuk menghadiri jamaah Subuh di surau resort... Menjelang jam 12, kami bergerak keluar dari bilik resort untuk menghadiri jemaah Jumaat. Tanpa memikirkan makan pagi dan makan siang, terus mengejar bas sekolah yang berkebetulan tiba agak lewat. Ketika bergerak masuk ke perut bas, kami berselisih dengan jumlah yang