The Last Day Of PPT's
Hari² terakhir seorang PPT di pejabat ini. Sungguh penulis tidak menyangka akan menjadi PPT terakhir bagi pejabat ini. Menjelang tahun 2017, pentadbiran pejabat diambil alih oleh gred 44. Ini bermakna selama dua tahun, penulis bertugas selaku PPT di pejabat ini adalah sama nilai dengan gred 44!! Sememangnya hijrah itu sesuatu yang sangat mencabar. Ada yang mengatakan ianya pahit untuk dilalui. Sebagaimana kisah² yang biasa kita dengar berkaitan peristiwa hijrah, sahabat² Rasul SAW meninggalkan Makkah dalam keadaan mereka terpaksa meninggalkan harta benda, kaum keluarga, sahabat handai, anak dan isteri hanya semata-mata kerana Islam. Ada yang sudah menjadi hartawan, sanggup meninggalkan segala harta di Makkah sehelai sepinggang hanya semata² kerana Allah dan Rasul SAW. Ertinya, mereka keluar dari zon selesa menuju kepada zon yang belum pasti, hanya kerana mematuhi perintah Allah dan Rasul. Maka selaku seorang Muslim, perintah untuk hijrah dari suatu lokasi ke lokasi yang lain,