Masih tertahan : mencari sinar bahagia di pulau...
Hari ke sembilan di pulau. Penulis masih belum berpeluang untuk keluar dari kawasan yang dianggap luas ini. Hanya ada sedikit kesempatan selepas kelas petang sementara menunggu masuknya waktu untuk kelas jam 8.00 malam, makan di luar kawasan pagar yang jaraknya tidak sampai pun dua KM dari pos pengawal. Maka nan di gerai luar usaha milik pengusaha Kelantan ini agar menyelerakan dengan harga yang cukup ekonomik. Semalam merupakan hari yang paling genting di sepanjang hari yang telah dilalui. Mana tidaknya, ujian bertulis bermula se awal jam 8 pagi. Ertinya, kami terpaksa keluar bilik sekitar jam 7.30 pagi untuk mendapatkan khidmat bas pengangkut yang hanya mampu mengangkut kami hingga ke jejantas. Sebaik turun, kami akan berjalan kaki melalui jejantas yang terbentang di atas jalan raya yang agak sibuk menuju ke dataran kawad dan kemudiannya meneruskan perjalanan dengan kaki menuju ke dewan peperiksaan. Itu merupakan bangunan akademik yang paling hampir dengan penginapan sementara k