Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 13, 2013

Syarat utama masuk Islam di Malaysia : Kasi potong!!

Imej
Islam di negara semenanjung emas ini telah bertapak agak lama. Bahkan ada pandangan yang menyatakan ianya lebih awal daripada kewujudan kerajaan maritim Islam di Melaka lagi. Islam kini kelihatannya semakin perlahan untuk berkembang di negara ini. Berdasarkan statistik permohonan murtad yang dikeluarkan, secara rasminya dan dikatakan masih ramai lagi yang tidak direkodkan secara rasmi, kita sebenarnya ternanti-nanti akan statistik permohonan menukar agama kepada Islam di kalangan rakyat Malaysia yang masih belum Islam. Tatkala diperdengarkan dengan sebuah rancangan temubual dengan saudara baru di siaran radio IKIM setiap khamis jam 5.30 petang hingga 6.00 petang, kebanyakan saudara baru ini mengemukakan komen bahawa muslim di negara ini (melayu) kurang untuk memperkenalkan mengenai Islam kepada rakan mereka yang non Muslim, atas alasan takut, hendak menjaga hati dan sebagainya.  Oleh sebab yang demikian, gerakan dakwah kepada non muslim akan bergerak dengan lebih lembab dan hanya mengh