Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 19, 2014

kebisingan jamaah cilik

Imej
Jumaat 22 zulhijjah, waktu zawaal yang tiba tatkala penulis berada di dalam perut masjid besar kampung. Masjid yang agak berusia yang mula kukenali sejak berpindah ke kampung tersebut sejak 1987 sudah beberapa kali mengalami proses pembaikan. Kali pertama yang penulis lihat dengan mata kepada sendiri ialah semasa awal² penulis berpindah ke sini dari Ipoh Perak. tatkala itu, kami terpaksa solat di kawasan yang masih belum ada simen. Terpaksa membawa sejadah sendiri. Itu semasa proses pembesaran masjid. Kini masjid tersebut sudah moden. Dengan bangunan dua tingkat, ruang atas memuatkan dewan solat manakala ruang bawah adalah dewan untuk kegunaan aktiviti masyarakat setempat. Sebaik sahaja imam selesai membacakan tazkirah, sepertimana biasa, pengerusi akan memberikan pengumuman. Kali ini berkaitan aktiviti pada sambutan maal hijrah. Seusai azan, majoriti jamaah solat dua rakaat sebelum Jumaat. Meskipun ada perbahasan yang agak panjang di kalangan para ulama mengenai hukum