Generasi kini tidak hormati azan lagi?
Tatkala menyusuri laluan ke musalla, azan zuhur berkumandang merdu memanggil muslim agar bersegera menuju al falaah. Teringat riwayat yang menyatakan bahawa Ali akan berubah wajahnya tatkala mendengar azan. Pabila ditanya, dia menjawab bahawa telah datang amanah di mana langit dan gunung-ganang tidak mampu untuk memikulnya. Aku tidak tahu apakah aku mampu memikulnya? Begitulah juga yang berlaku terhadap anaknya Hassan dan Hussin tatkala mendengar akan dia suara azan... Namun ketika berjalan terserempak dengan tiga orang gadis yang berpakaian seperti seorang muslimah, iaitu memakai tutup kepala meskipun berseluar ketat hingga mempertontonkan bahagian bentuk badan sendiri tanpa silu, berbicara dengan kuat dan ketawa, ketika suara alunan azan masih tersisa berkumandang di langit terik waktu zuhur musim panas equinoks. Hatta selesai azan, mereka ini masih asyik bersembang, hingga terlupa barang kali untuk mendoakan maqam tertinggi buat junjungan sebaik selesai lantunan s