Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 18, 2008

Hujung minggu yang menarik

Imej
Jumaat malam (13 Syaaban 1429) aku berada di rumah bapa saudara isteri, bersama bonda dan puteriku hanya untuk meraikan 'malam rewang' mengikut bahasa yang biasa dipakai oleh Melayu Malaysia. Malam ini selalunya dihiasi dengan pelbagai acara melibatkan sanak saudara jauh dan dekat, jiran tetangga sekampung, sahabat handai dan taulan untuk bersama 'membantu' tuan rumah kununnya...Tapi hakikatnya yang membantu dan menolong dah di sub-kontrak kepada orang luar. Jadi selaku saudara mara, sekadar 'memantau' dan menghabiskan lauk-pauk khususnya untuk group rewang. Tak tau le apa nak ditolong. Di dapur, angkatan tukang masak dah siap dengan bala tenteranya. Di dalam penuh dengan wanita. Akhirnya tercelapak di tepi pagar berbatu marmar. Wah...menariknya ada karaoke ... hum sesuatu yang amat tidak disangka. Dan yang paling tidak disangka ialah ianya dipelopori oleh golongan veteran termasuk imam........Meskipun menyanyikan lagu-lagu Arab ... Tidak perlu saya nyatakan hu