Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 10, 2021

Kisah Amalan 1 Muharram 1443 di bumi kembar Gotham City

  1 Muharram 1443 hijriah Sambutan rasmi kerajaan melayu-islam sejak mencapai kemerdekaan (mohon betulkan jika salah) sebagai lambang atau syiar tekad sebuah kerajaan yang komited terhadap Islam sebagai agama persekutuan. Perlembagaan negara dengan tegas menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan. Maka ianya boleh ditafsirkan sebagai agama yang mempunyai keisitimewaan dan terletak kepada pihak eksekutif dan legislatif serta kehakiman untuk membuat tafsiran yang boleh menguntungkan Islam ataupun mengkesampingkan agama itu. Sejak merdeka lagi, umat Islam terbahagi dua dalam menafsirkan perkara 3 yang termaktub dalam perlembagaan ini. Sebagian yang berfahaman sekular lebih gemar menafsirkan mengikut selera penjajah yang menjadi guru mereka, bahawa ianya hanyalah sekadar agama rasmi yang boleh ada dalam majlis rasmi, pertabalan, angkat sumpah dan selainnya, tidak lebih dari itu. Segolongan lagi menafsirkan dalam kerangka lebih luas yang boleh memartabatkan Islam sebagai agama terting