Jurnal 41 : Hari Kedua....
14 Jamadil Akhir 1443 dari hijrah ar rasul Hari pertama menaiki bas ke pejabat cawangan. Seawal Subuh, penulis dan putera bungsu telah keluar dari rumah. Usai menghantar ke sekolah dimana masih belum kelihatan kelibat murid di awal pagi subuh yang masih kelam, penulis memecut kenderaan menuju ke CP di pekan satelit yang berjarak kira² 20 ke 23 km. Jam di dashboard menunjukkan angka 6.27 am. Keadaan trafik adalah agak baik meski muncul sahaja kereta² yang suka mengambil angin pagi di waktu gawat manusia lain terkejar² akan impian dunianya... Dalam hati hanya mampu berdoa agar Allah melipat bumi kepada hambaNya yang daif ini agar dapat bersegera tiba di CP. Penulis dengan izinNya jua berjaya tiba di CP sekitar jam 6.47 am. Dan sebagai orang yang pertama kali, terpusing² mencari CP sebenar.... Maka setelah ditemui dimana lokasinya adalah lain daripada yang difikir dan dimaklumi, penulis masih sempat keluar dengan tenang dari kenderaan, mengambil beberapa barang untuk dibawa ke pejabat ba